Muat Turun

view details

Pemimpin Tersohor

view details

Berita Muara

view details

Galeri Gambar

view details

 

Alu-aluan Ketua Eksekutif

Alhamdulillah

Pertamanya, marilah kita bersama merafakkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, kepadanya kita semua mengabdikan diri serta meminta pertolongan. Keduanya, saya terlebih dahulu meraikan saudara dan saudari, sekalian dengan ucapan Ahlan Wasahlan Marhaban Bikum kerana sudi bersama menyertai MMSB sebagai  syarikat baru yang sangat sederhana. Ketiganya, MMSB sekalipun telah dilesenkan dengan AJL 931728 pada 6hb Mac 2008, serta telah beroperasi lebih kurang 1 tahun, tergendala dan dipulihkan pada Mac 2010. Kini MMSB mempunyai beberapa produk asas, antaranya produk makanan tambahan berasaskan herba tempatan, produk minuman sunnah berasaskan susu kambing, habbatus sauda dan madu serta produk kegunaan harian.

MMSB sebagai sebuah syarikat jualan langsung dan pelan pemasaran berbilang aras telah diperbaharui lesennya sehingga 13hb Mei 2016. Mulai April 2010 semua operasi pendaftaran ahli, belian dan jualan (pemindahan stok), dijalankan melalui sistem dalam talian, dimana biasanya banus dibayar, dua hari selepas tarikh tutup syarat belian atau (“personal maintain” NM).

Keempatnya, selain MMSB mempunyai VISI dan MISI nya: jauh lebih utama, dari itu MMSB ingin meminta pertolongan daripada semua ahli-ahli bersama bermuafakat, bergerak bersama matlamat “Mengejar Barakah dari Perniagaan”. Konsep falsafah dalam motto ini adalah menjadi asas kepada permulaan, perkembangan serta pengukuhan dalam MMSB.

Akhirnya ialah MMSB mengingatkan organisasinya dan ahli-ahlinya supaya dalam gerak kerja bagi mencapai matlamat masing-masing, mestilah bergantung sepenuhnya kepada Allah, jangan sekali-kali bergantung kepada manusia. Ditakdirkan saudara / saudari menjadi jutawan, tingkatkanlah ketaqwaan kepada Allah swt. Sekalipun saudara / saudari gagal mengejar cita-cita dan matlamat, kita hendaklah tetapkan pendirian, menjadi seorang insan  yang sentiasa beristiqamah dengan ketaatan kepada ALLAH swt.

HAJI MOKTAR BIN IBRAHIM

(KETUA EKSEKUTIF MMSB)